Saturday, November 12, 2011

Sedih + Sebak = Sahabat


As' salam semua...
...Hari ini dapat berita yang agak mengejutkan bagi aku cs aku baru dapat tahu bahawa rakan baik aku masa kerja lama sekarang berada di ICU, Hospital Pantai Bangsar,akibat jangkitan paru-paru... Agak sedih kerana berita tu baru tahu sedangkan sahabat aku dah masuk wad lebih kurang seminggu yg lepas...

Mula-mula tu agak marah jugak dengan sahabat aku si adya n Thea tetapi apabila mendapat tahu itu amanat dari sahabat aku tu, barulah perasan marah tu hilang..Susah jugak yea dengan sahabat ni kadangkala...Bila time Happy nak sama2 n bila time mcm ni nak sembunyi2...Kadangkala susah nak paham...tapi terima seadanya...itu lah Lumrah dalam hidup...

Tapi walaupun sedih dan sebak nak tak nak kena pergi jugak untuk tengok keadaan sahabat aku, Bila sampai dan  tengok, semua perasaan ada...dia dalam keadaan xsedarkan diri...Hurmmmmm..hanya tuhan sahaja yg tahu mcm mana perasaan aku masa tu...Hanya dapat berdoa agak memberi kesihatan untuk dia... 
....aminnnn...  

Friday, August 19, 2011

Iftar @ Boulevard Hotel, Mid Valley

...Bulan ramadhan telah pun tiba...bagi aku ianya satu bulan yang amat mulia bagi semua umat islam dunia..

Tuesday, July 5, 2011

London 2007 - Lawatan Kerja

.....Mengimbau kembali kenangan pada tahun 2007, dalam kesibukkan menyiapkan kerja2 yang tak pernah selesai di offis lama aku, tiba2 aku di panggil oleh 'boss', dia memaklumkan pada aku untuk bersedia dan menyelesaikan satu lagi tugasan kemudian dia menyerahkan salah satu file kepada aku " Malaysia Weeks in London 2007".

Laluan ke Convent Garden, London

..Hurrrmmm, sekali lagi aku terpilih untuk membuat lawatan kerja ke Kota London, walaupun pada mula2nya aku xbersemangat kerana keinginan aku sebenarnya untuk membuat tugasan yang lagi satu ke Frankfurt, German. Namun lama kelamaan aku agak gembira mengenangkan yg aku akan kembali ke Kota London yg serba mahal, boleh juga aku continue ke tempat2 yang aku xsempat lawat pada sebelum ini...

..Lebih kurang hampir 1 bulan segala perancangan dan persiapan telah disusun rapi bagi menjayakan program "Malaysia Weeks in London 2007" ini. Namun kali ini segalanya berjalan dengan lancar memandangkan pengalaman aku sebelum ini mengadakan program tersebut memudahkan lagi segala urusan. Segala persiapan berkenaan dengan layout plan hingga perspective drawing, printing material, decoration booths serta stage performance telah aku selesaikan dengan mudah memandangkan bidang tersebut memang "santapan" aku hari2 selama aku bekerja hampir 7 tahun..

Lokasi di mana program "Malaysia weeks 2007"
..Aku dan Team aku berangkat ke Kota London 3 hari labih awal daripada yg lain, memandangkan segala tempat persiapan perlu dilaksanakan dan disiapkan sebelum tarikh perasmian bermula, kali ini Lokasi "Malaysia Weeks di London" masih lagi di lokasi yang sama iaitu di Covent Garden, London. Hampir lebih kurang 13 jam perjalanan kami dari KLIA Airport, Malaysia  ke Lapangan Terbang Heathrow, London, Sampai di sana kami disambut oleh rakan kami yang 4 hari lebih awal untuk menguruskan segala keperluan penginapan serta pengangkutan kami. (jikalau mengunakan perkhidmatan teksi lebih kurang 65 pound sterling) dari tempat penginapan kami iaitu di Porchester Place London, Greater London W2 2BS, United Kingdom berhampiran dengan Old Delhi, kendal Street, London

...Setelah berehat sebentar aku dan rakan2 mengambil keputusan bersiar2 di sekitar tempat penginapan sahaja memandangkan hari dah pun gelap dan segala urusan kerja akan dilaksanakan pada esok hari sahaja.  Semasa menikmati keindahan di sekitar tempat penginapan kami, Akhirnya aku dan rakan2 mengambil keputusan untuk makan di Restaurants  Ryath Indian Tandoori (Halal Food) untuk makan malam. Selesai makan kami pun balik ke tempat penginapan untuk berehat.

Persiapan dan Perasmian "Malaysia Weeks in Convent Garden 2007"

























.. Pada esoknya, Aku dan rakan2  berangkat ke Convent Garden untuk memulakan tugas masing2, selama 2 hari dari pagi sampai ke pukul 6 petang waktu London kami bekerja, Pada ketika itu tumpuan kami 100% fokus kepada kerja memandangkan hari perasmian "Malaysia Weeks di Convent Garden " semakin hampir. Akhirnya Hari yang ditunggu2 telahpun tiba Perasmian Malaysia Weeks 2007 telah pun selamat dirasmian. Aku dan beberapa rakan menarik nafas lega, memandangkan tugas kami untuk  persiapan Opening Ceremony telah pun selesai, sekarang aku hanya perlu menunggu lebih kurang beberapa hari lagi untuk penutupan Malaysia Weeks tersebut.


Keindahan bangunan2 di sekitar London


..Peluang yang ada itulah yang diambil oleh aku untuk berjalan-jalan dan melawat tempat2 yang wajib pergi sekiranya melancong ke Kota London ini. Aku dan rakan2 mengambil keputusan untuk ke Trafalgar Square dan Admiralty Arch dengan berjalan kaki sahaja memandangkan ianya hampir dengan tempat dimana Malaysia Weeks diadakan, sambil menikmati keindahan permandangan di sekeliling Kota London, Sepanjang perjalanan ke Trafagar Square tersebut Aku dan rakan2 sempat bergambar di lokasi2 yg mempunyai nilai2 seni seperti di Benjamin Franklin House ( is a museum in a terraced house), St Martin-in-the-Fields (is an Anglican church), Nelson's Column, serta yang paling utama terdapat Malaysia Tourism Promotion Board berhampiran dengan Trafalgar Square.
Admiralty Arch

Trafalgar Square - Penuh dengan pelancong2