Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog yang tak seberapa ni.
Blog ini terhasil atas permintaan kawan-kawan dan Alhamdulillah sehingga kini masih bertahan. Aku berharap segala informasi yang ada di dalam blog ni dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin oleh traveller lain.
Aku hanyalah pengembara biasa dan tak semua peristiwa yang berlaku semasa pengambaraan aku indah-indah belaka. Bila semakin banyak tempat yang aku pergi, semakin banyak pengalaman pahit manis yang aku kutip dan sedikit sebanyak ia telah mengubah cara aku berfikir dan melihat dunia.
Aku harap kisah perjalanan yang dikongsi di blog ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada para pembaca dan semoga yang baik itu boleh diambil sebagai iktibar dan yang buruk itu dijadikan sebagai panduan.
Wassalam.